GOOGLE DOCS

Google Docs memberikan khidmat sebagai satu alat menyalurkan maklumat diatas platform atau format “Words”. Google Docs adalah salah satu aplikasi dari Google Drive yang berperanan atau berfungsi untuk membuat dokumen atau "File Doc". Jika didalam Microsoft Office ianya dikenali dengan Microsoft Word, kerana berfungsi lebih kurang sama. Dengan Google Docs, semua pengguna dapat menggunakan aplikasi yang sangat berguna ini dengan cepat dan tersusun. Sama seperti Google Form, hasil kerja juga dapat disimpan di Google Drive. Tidak perlu membawa komputer ke mana sahaja. Sekiranya mempunyai sambungan internet, pengguna mempunyai akses ke dokumen ini dan juga tidak perlu menggunakan pendrive. Tidak perlu memuat turun (atau membayar) versi terkini. Aplikasi ini dikemas kini secara automatik kerana merupakan aplikasi berpaksikan cloud.

 

 

CARA MENGGUNAKAN GOOGLE DOCS
Terdapat berbagai cara untuk menggunakan perisian applikasi Google Docs. Pengguna boleh mengikut beberapa langkah mudah seperti dibawah ini.

Langkah 1
Klik pada ikon sebelah kanan aplikasi google dan pilih “Docs” seperti paparan Google seperti rajah disebelah kanan ini. Dipaparan Docs, kita boleh mengisi pada form seperti Microsoft Word.

 

Langkah 2
Gunakan icon yang boleh digunakanpakai untuk memilih bentuk tulisan, jenis tulisan, saiz dan animasi seperti juga ketika kita menggunakan perisisan Word.

 

 

Langkah 3
Setelah selesai menaip laporan atau sebagainya didalam Google Docs, pengguna perlu menyimpan fail dengan menekan pada butang “Save” seperti di rajah di bawah ini.

Langkah 4
Setelah selesai save klik pula pada butang “Share” seperti di sebelah ini jika ingin berkongsi kepada rakan yang lain.

Langkah 5
Setelah pengguna klik butang “Send”, perlu sekali lagi untuk mengklik butang “Share anyway” seperti di sebelah ini.

Langkah 6
Pengguna boleh memeriksa dokumen yang telah dihantar di paparan Google Docs seperti di rajah sebelah kanan ini.

Langkah 7
Di akhir sekali pengguna boleh memeriksa kembali dokumen yang di paparkan seperti di rajah ini. Pengguna juga boleh menghantar dokumen atau berkongsi dokumen ini dengan menekan butang “Share” pada sebelah kanan atas dalam Google Docs. 

 

Setelah selesai pengguna hanya perlu mengulangi langkah yang di berikan. Sekian terima kasih.

Create Your Own Website With Webador