Negara-negara maju pada ketika ini sedang berlumba-lumba mencipta aplikasi teknologi maklumat yang baharu dengan pelbagai kegunaan. Teknologi ini juga tidak hanya bertumpu kepada sesebuah negara bahkan kesemua negara. Teknologi ini telah dapat digambarkan kepenggunaannya di dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi, pengurusan dalam organisasi, pentadbiran, pengumpulan data, dan sebagainya bagi sesebuah negara dan individu itu sendiri. Sebagai contoh, pengunaan media massa seperti radio, televisyen, komputer berinternet telah memainkan peranan penting dalam penyampaian mesej kepada masyarakat dengan cepat dan pantas. Dengan ini pelbagai aplikasi atas talian telah dibangunkan. Sebagai contoh, aplikasi “injin pencarian” atau “search engine” di laman sesawang Google yang menawarkan penggunaan secara percuma. Dengan penggunaan Google search engine ini ianya memudahkan pelayan sesawang untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan ianya juga membantu menyediakan, menyimpan, berkongsi, dan berkolaborasi pada fail dengan orang lain di mana sahaja. Didalamnya juga terdapat beberapa aplikasi “sambungan” yang kita boleh digunakan seperti Google Form, Google Docs, Google Sheets dan Google Slide. Aplikasi Google Form dan Google Docs, ini selalu digunakan oleh pelayan laman sesawang, namun masih ramai yang tidak mengetahui fungsi aplikasi tersebut dan cara penggunaannya. Didalam kertas kajian ini, kita juga akan menerangkan tentang Google Cloud dan juga Google PDF Viewer. Aplikasi ini adalah salah satu dari Aplikasi google yang terdapat di dalam laman sesawangnya. Seperti Penggunaan Google Form, dua (2) aplikasi ini juga banyak digunakan oleh pengguna internet. Ini kerana aplikasi ini juga mudah digunakan sepertimana Google Doc. Pengguna hanya perlu mendaftar email dengan Google (Gmail) dan boleh mengaksesnya dengan mudah. Aplikasi didalam google drive ini banyak digunakan oleh organisasi-organisasi dan juga digunakan untuk tujuan persendirian. Aplikasi ini lebih memudahkan pengguna  dalam pengumpulan data dan penyimpanan maklumat dengan selamat.

Create Your Own Website With Webador